Krukita Homestay / Panduan Melaka

Cuti Sekolah di Melaka: Cara Elak Sesak dan Dapat Penginapan

5 minit bacaan · Dikemas kini 15 Oktober 2026

Cuti sekolah ialah musim paling sibuk di Melaka. Jalan sesak, tarikan penuh dan penginapan cepat habis. Dengan sedikit perancangan, keluarga anda masih boleh bercuti dengan selesa.

1. Tempah penginapan seawal mungkin

Hujung minggu dalam cuti sekolah, terutamanya cuti hujung tahun dan cuti yang bertembung dengan cuti umum, biasanya penuh lebih awal. Tempah sebaik sahaja tarikh percutian ditetapkan.

Pilih penginapan yang tidak menaikkan harga pada musim puncak. Di Krukita Homestay, harga sama walaupun cuti umum, dan tarikh kosong dipaparkan secara langsung di website.

2. Pilih hari biasa kalau boleh

Semasa cuti sekolah, Isnin hingga Khamis lebih lengang berbanding hujung minggu. Ada tarikan yang mempunyai hari tutup tetap, tetapi sesetengahnya dibuka setiap hari ketika cuti sekolah. Contohnya, Bayou Lagoon Water Park biasanya tutup hari Selasa kecuali semasa cuti sekolah dan cuti umum.

3. Bertolak dan pulang di luar waktu puncak

4. Pergi ke tarikan popular sebaik dibuka

Zoo Melaka, taman tema air dan bandar warisan paling sesak dari lewat pagi hingga petang. Datang awal, dan rehat di penginapan waktu tengah hari.

5. Tips untuk keluarga besar

Cari penginapan dekat semua tarikan ini?

Krukita Homestay ada suite di Bayou Lagoon Park Resort (dengan pilihan tiket taman tema air) dan rumah teres 3 bilik di Bukit Katil. Harga sama walaupun cuti umum, tempah dan bayar terus dalam talian.

Semak tarikh kosong

Soalan lazim

Bila patut tempah homestay untuk cuti sekolah di Melaka?

Seawal mungkin, sebaik sahaja tarikh ditetapkan. Hujung minggu dan cuti hujung tahun biasanya penuh lebih awal.

Bagaimana nak elak sesak di Melaka semasa cuti sekolah?

Pilih hari biasa jika boleh, bertolak awal pagi, pergi ke tarikan popular sebaik dibuka dan menginap di Ayer Keroh atau Bukit Katil yang dekat dengan lebuh raya.